Tuesday, July 10, 2018

PENIPUAN PEKERJAAN: Elakkan dari menjadi mangsa!

Memiliki pekerjaan sememangnya menjadi impian setiap individu. Lebih-lebih lagi apabila pekerjaan yang ditawarkan menjanjikan pendapatan yang lumayan. Namun tanpa disedari, tawaran tersebut hanya menjadikan mereka sebagai umpan bagi sindiket pengubahan wang haram mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. 


Bagi memastikan taktik penipuan mereka sukar dihidu, ahli sindiket kebiasaannya akan mengiklankan tawaran kerja di dada akhbar dengan menyatakan kemudahan serta gaji yang lumayan bagi menarik minat orang ramai untuk menghubungi mereka. Taktik ini digunakan untuk menjerat mangsa supaya berkerja dengan syarikat terbabit tanpa melalui proses pengambilan yang rumit.

Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan janji manis mana-mana syarikat yang menjanjikan pendapatan lumayan dan tawaran menarik yang luar biasa. Dapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu seperti latar belakang syarikat sebelum menerima kerja yang ditawarkan.




No comments:

Post a Comment

SIAPA PENENTU KETEMU PERANCIS DI FINAL? Cabaran Piala Dunia kali ini sudah semakin sampai ke kemuncaknya. Pasukan Perancis adalah pasu...