Tuesday, July 10, 2018


SIAPA PENENTU KETEMU PERANCIS DI FINAL?
Cabaran Piala Dunia kali ini sudah semakin sampai ke kemuncaknya. Pasukan Perancis adalah pasukan pertama yang telah menempatkan diri ke perlawanan akhir pada kali ini.
Siapakan yang layak bertemu Perancis? Hal inilah yang menjadi teka teki kerana pasukan Croatia akan bertemu England pada pagi esok di mana kedua-dua pasukan di labelkan oleh pengkritik sebuah pasukan yang sama hebat.
Oleh yang demikian sama-sama kita saksikan perlawanan penentu sebagai pasukan kedua terhebat di dunia pada pagi ini.
DD
Tragedi Tham Luang Cave Thailand




Pasukan bolasepak remaja di Thailand termasuk jurulatih mereka masih lagi terperangkap di dalam gua. Usaha membawa mereka keluar oleh pelbagai pasukan dari Thailand dan serata dunia masih sukar kerana air didalam gua masih tinggi. Malah ia telah mengorbankan satu nyawa penyelam tempatan.

Apa yang berlaku?

Pada hari Sabtu 23 Jun lepas, sepasukan pasukan bolasepak Wild Boars F.C terdiri dari 12 remaja berumur dari 11 - 16 tahun bersama jurulatih mereka menjalani latihan biasa. Selepas latihan, mereka merancang memasuki gua Tham Luang Nam Ning di Chiang Rai di utara Thailand berdekatan Myanmar. Mereka pernah masuk ke gua ini sebelum ini tetapi hanya sekerat jalan. Kali ini mereka hendak pergi lebih jauh kedalam dengan hasrat hendak menulis nama mereka di dinding sebagai kenangan. Masa masuk, hampir tiada air sepanjang laluan mereka hingga membawa mereka ke penghujung gua. Seolah-olah mereka berjaya mencapai ke puncak gunung. Jika anda pernah masuk ke Gua Kelam atau Gua Tempurung, anda boleh bayangkan berjalan di atas tanah gua tanpa air dan kemudian air naik.

Setelah mereka tiba di hujung gua, mereka perlu berpatah balik mengikuti jalan yang sama untuk keluar. Perjalanan sejauh lebih kurang 3km. Bagi remaja apatah lagi aktif bermain bola, ianya tidaklah jauh malah satu latihan yang baik untuk kecergasan selagi berjalan diatas tanah dan celah2 batu.

Tetapi, ketika mereka didalam, hujan telah turun dengan lebat dan agak lama. Oleh kerana hujan, sambil berteduh mereka terus ke hujung gua. Bila tiba di hujung gua, air mula masuk kedalam gua dan lama kelamaan menjadi banjir. Nasib baik dihujung gua ada sebuah batu yang tidak ditenggelamkan air kerana kedudukanya agak tinggi. Oleh kerana batu tu tinggi maka keadaan agak sempit tapi muat utk 13 orang itu duduk menunggu air surut.

Tetapi setelah 10 hari tunggu masih juga tidak surut sehinggalah mereka dijumpai oleh penyelam British. Sebelum itu, usaha mencari oleh pasukan SEAL Thailand bermula apabila mendapat laporan kehilangan mereka dan mengesyaki mereka berada didalam gua. Apabila cuba masuk, rupanya gua itu tidak lagi boleh dimasuki dengan cara berjalan kerana keadaanya tidak rata dan air bertakung disana sini. Ada tempat yang sangat dalam sehingga memerlukan penyelaman, ada tempat pula agak sempit utk penyelam yang membawa tangki oksigen melepasinya dan ada yang teruk berlumpur dan sangat gelap hingga menyukarkan pandangan ketika menyelam.

Antara pasukan yang datang termasuklah dari Amerika, England, Australia, Myanmar, Laos, Japan, China serta Royal Thai Navy. Usaha menyelamat diketuai oleh British Cave Rescue Council.

Pelbagai usaha sudah dan sedang dilakukan. Namun, mereka perlu melaksanakan seberapa segera kerana ramalan metrerologi menunjukkan hujan akan turun Ahad ini dan jika ia sangat lebat, air akan bertambah. Dikhuatiri air akan membanjiri gua dan menenggelamkan batu tempat remaja ini selamatkan diri.

Jika ini berlaku, nasib dan nyawa mereka dalam risiko tinggi. Untuk membawa mereka keluar berenang, kesemua mereka tidak pandai berenang. Untuk berenang atau menyelam dari pintu gua ke lokasi ia ambil masa 5 jam oleh penyelam professional. Untuk menyelam, remaja ini tidak terlatih menyelam dgn tangki utk selama jauh lebih dari 5 jam melalui kawasan yg dalam, gelap dan berlumpur. Juga kemungkinan oksigen tak mencukupi utk penyelaman yang begitu lama.

Pasukan penyelamat mempunyai 4 cara penyelamatan setakat ini:

1. Mengepam keluar air dari dalam gua hingga kering utk mudahkan remaja ini berjalan keluar sepertimana mereka masuk 15 hari lepas. Banyak pam industri telah dibawa ke lokasi tapi setakat ini hanya mampu mengepam 40% sahaja air keluar

2. Membiarkan mereka didalam sehingga air surut utk mereka berjalan keluar. Tetapi hujan diramalkan turun kerana sekarang kawasan iti dilanda monsun. Hanya Oktober sahaja monsun akan berakhir.

3. Membawa keluar dengan menyelam kebanyakan mereka tidak pandai berenang. Menyelam pula memerlukan kepakaran apatah lagi utk menyelam selama 5 jam. Ditambah pula keadaan fizikal mereka yang sangat lemah tanpa makan dan minum yg cukup walau mereka kelihatan ceria dan mampu tersenyum. Bagaimana remaja yang tidak pandai berenang, lemah badan, hendak menyelam dgn begitu lama? Ditambah lagi dengan kematian penyelam professional di pertengahan jalan akibat kekurangan oksigen.

4. Menebuk lubang dari atas gua dan menarik mereka keluar. Usaha ini agak rumit kerana perlu membuat jalan dihutan yang tebal untuk membawa masuk jentera boring. Juga sulit untuk mengesan dengan tepat lokasi remaja ini dari atas gua. Khuatir juga jika kerja penebukan akan menyebabkan ranah dibawah runtuh lalu menimbus mereka.

Beberapa pemain bolasepak terkenal serata dunia telah memberikan kata-kata semangat kepada pemain-pemain remaja ini seperti lagenda Brazil & Real Madrid Ronaldo dan pemain Leicester City dari Austria, Christian Fucs dan beberapa lagi. Malah mereka masih sempat bertanyakan keputusan perlawanan Piala Dunia kepada pasukan penyelamat.

Seluruh pasukan Piala Dunia Jepun turut sampaikan mesej semangat dlm bahasa Inggeris dan Thai yang berbunyi "Tunggu, sabar, seluruh keluarga bolasepak dunia bersama anda". Mesej ini disampaikan sebaik selepas kekalahan mereka ditangan Belgium dan tersingkir. Presiden JFA turut sampaikan mesej "saya bersama semua disini mendoakan kesemua mereka diselamatkan".

Semoga kesemua mereka berjaya dibawa keluar secepat mungkin dan mendoakan keadaan mereka selamat dan diberi kekuatan untuk terus hidup hingga dibawa keluar.
Selamat Hari Lahir buat Perdana Menteri Malysia YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad , 


PENIPUAN PEKERJAAN: Elakkan dari menjadi mangsa!

Memiliki pekerjaan sememangnya menjadi impian setiap individu. Lebih-lebih lagi apabila pekerjaan yang ditawarkan menjanjikan pendapatan yang lumayan. Namun tanpa disedari, tawaran tersebut hanya menjadikan mereka sebagai umpan bagi sindiket pengubahan wang haram mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. 


Bagi memastikan taktik penipuan mereka sukar dihidu, ahli sindiket kebiasaannya akan mengiklankan tawaran kerja di dada akhbar dengan menyatakan kemudahan serta gaji yang lumayan bagi menarik minat orang ramai untuk menghubungi mereka. Taktik ini digunakan untuk menjerat mangsa supaya berkerja dengan syarikat terbabit tanpa melalui proses pengambilan yang rumit.

Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan janji manis mana-mana syarikat yang menjanjikan pendapatan lumayan dan tawaran menarik yang luar biasa. Dapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu seperti latar belakang syarikat sebelum menerima kerja yang ditawarkan.




Sunday, July 8, 2018


BERITA PIALA DUNIA 2018 : TUAN RUMAH RUSSIA TUMPAS KE SEPARUH AKHIR DI TANGAN CROATIA

PULUHAN ribu penyokong Croatia meraikan kejayaan mara ke separuh akhir apabila menewaskan tuan rumah Russia hari ini.
Perlawanan di Sochi berhampiran Laut Hitam menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas masa tambahan namun Croatia menang menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 dengan pemain Barcelona, Ivan Rakitic meledak jaringan penting.
"Russia sudah tewas! Berpeluklah, menangis...Croatia antara empat pasukan terbaik dunia," kata pengulas televisyen siaran HRT.
Mereka menyambutnya penuh kegembiraan, ratusan mercun dinyalakan dan bendera Croatia dikibarkan dengan dianggarkan 15,000 penyokong meraikan kejayaan kapten Luka Modric dan rakan sepasukannya di dataran utama Zagreb, lokasi mereka menyaksikan perlawanan menerusi skrin gergasi.




Ribuan lagi mewarnakan tubuh mereka dengan warna merah dan putih meraikan kejayaan di zon penyokong di pusat bandar dan lokasi lain.
"Teruskan permainan Croatiaku, apabila aku melihatmu, hatiku membara penuh semangat!" demkikian lagu popular yang kedengaran di dataran dan jalanan seluruh negara.
"Hrvatska! Hrvatska! (Croatia)” jerit penyokong manakala pemandu menekan hon dengan pesta berterusan sepanjang malam.
"Kita semua perlu berbangga. Ia adalah perkara yang luar biasa," kata jurulatih  Zlatko Dalic kepada HRT.
"Kami berhak menang. Ia perlawanan sukar dengan 50,000 penyokong di stadium...Adalah menyedihkan untuk tidak ke Moscow apabila berada di Russia."

Thursday, July 5, 2018


LADA BAND POPULAR DI CARTA RADIO PANTAI TIMUR

Lada Band dari Kota Tinggi Johor telah berjaya mempertaruhkan dua buah lagunya dan telah menduduki tempat pertama di carta Terengganu FM pada minggu ini. Enam orang anak muda ini telah terlibat dengan dunia musik sejak 15 tahun yang lalu sehinggalah kini telah mengorak langkah menuju kejayaan dengan menempakan diri seiring dengan artis-artis tersohor di Malaysia. Segalanya adalah berkat kesabaran dan menanti memperolehi kuliti musik yang cukup sesuai dan sempurna.

Wednesday, July 4, 2018


JURUJUAL YANG MEMBANTU MAJIKAN

Video yang di tularkan amat-amat membantu. Jurujual kedai tersebut telah menularkan video untuk memperkenalkan perniagaan majikannya dan ianya di khabarkan berlaku di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Tahniah dan buat apa nak malu daripada merapu yang bukan-bukan..


LITAR ATV YANG PERTAMA DI KOTA TINGGI, JOHOR

Terletak 10 km dari bandar Kota Tinggi kini RAF Point di Kampung Lukut telah berjaya menjadi pusat pelancongan yang pertama menyediakan litar aktiviti sukan lasak dengan menaiki ATV sejauh 500 meter setiap pusingan. Kini menjadi ketagihan anak-anak muda yang mengemari sukan lasak untuk bersaing di litar ini. Jom kita ke sana.. 
Untuk tempahan bolehlah menghubungi : 011-32511069



FLYING FOX DI RAF POINT, KG LUKUT, KOTA TINGGI, JOHOR

Beriadah bersama sukan lasak adalah amat menyeronokkan. Bermula dengan Flying Fox tree to tree kini RAF Point merupakan  industri pelancongan yang semakin popular di kalangan peminat sukan "outdoor" di mana merupakan yang terpanjang di Negeri Johor sejauh 560 meter dan antara yang terpanjang di Kota Tinggi.



JANGAN GANGGU HUTAN SIMPAN PANTI KAMI!!! 



Mensyukuri kempen Bantah Ganggu Hutan Simpan Panti telah mendapat perhatian dari pelbagai pihak.. bukan tempat mencari nama tetapi mmg kami sayangkan khazanah kurniaan Tuhan ini.. kalau kami nak kaya dari dahulu lagi warga kami dah jadi kaya raya.. ini datang entah dari mana nak cari makan dari hasil kemusnahan tempat dan jiwa orang lain.. beredarlah ke tempat lain.. 

Terimakasih kepada semua yg memberi sokongan dan pandangan.. yg kecam saya sesungguhnya nawaitu ini segalanya adalah kerana Dia. Insyaallah.




Di kesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali diri saya. Kadangkala tanpa kita sedari dalam masa sedang asyik bergurau atau berkata-kata ada yang terkasar bahasa dan menyinggung perasaan maka dikesempatan ini saya menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf.

Semoga hubungan kita sesama Blogger akan kekal seperti ini sampai bila-bila.. Pada musim hariraya tiba jangan lupa  untuk menjaga kesihatan.

Disini saya ingin kongsikan juga ucapan Selamat Hari Raya yang sememangnya cukup popular  digunakan, baik melalaui kad raya mahupun di alam maya media sosial..


Tibanya Syawal bulan yang mulia
Ghairah membeli beraya sakan
Bermaafan kita hapuskan dosa
Moga sillaturrahim terus berkekalan

Jambangan indah lagi berseri,

Menjadi hiasan di Aidilfitri,
Pesanan di kirim pengganti diri,
Tanda ingatan tidak lupa di hati,

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

SIAPA PENENTU KETEMU PERANCIS DI FINAL? Cabaran Piala Dunia kali ini sudah semakin sampai ke kemuncaknya. Pasukan Perancis adalah pasu...